Tulisan
Aksara Cina (Cina
Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: 汉字, pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang
digunakan untuk menulis bahasa Cina, Jepun, Korea dan
pada suatu ketika dahulu, bahasa Vietnam. Tulisan yang serupa
sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem
penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di
China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina
dikenali sebagai Hanzi dalam bahasa Cina.
Berlainan dengan
jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran
yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas
kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat
logik dan piktofonetik,
iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna
perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut.
Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan
ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina
yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun
kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan
dari zaman silam. Di China,
kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar
2000 huruf Cina.Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu
sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan.
Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan
aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.Penggunaan
dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan.
Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih
menggunakan Tulisan Cina
Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak
1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya.
Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini
menggunakan tulisan Rumi.Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi.
Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata
pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic,
tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa
sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa
hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia
secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.