Saturday, 28 July 2012

Peningkatan Sosial

Peningkatan Sosial

 Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Seni Binaan


Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

No comments:

Post a Comment