Saturday, 28 July 2012

Perundangan Tamadun China

Dalam tamadun China,sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama,iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme.Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.Mengikut falsafah tersebut,undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia,dan dengan sebab itu raja mestiilah memiliki kuasa yang utuh.Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya,iaitu zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

No comments:

Post a Comment