Friday, 27 July 2012

Asal-usul Tamadun China

Ilmu arkeologi zaman moden dan ahli sejarah telah membuktikan bahawa China merupakan salah satu negara yang mempunyai tamadun purba yang sama terkenal dengan tamadun Mesir dan India.Selain itu,tamadun China merupakan satu-satunya tamadun purba yang terus dikekalkan sehingga sekarang di dunia.China mempunyai wilayah yang luas.Sungai Kuning di sebelah utara dan sungai Yangzte di sebelah selatan merupakan sungai ibunda bangsa China.Kedua-dua sugai tersebut bermula dari Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan mengalir dari barat ke laut di timur.Kedua-dua sungai ibunda bangsa Cina itu telah melahirkan dan membentuk tamadun purba bangsa Cina.Tamadun purba bangsa Cina yang bersatu terbentuk daripada pelbagai jenis yang berlainan.

No comments:

Post a Comment