Saturday, 28 July 2012

Tulisan Cina


Tulisan


Aksara Cina (Cina Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: 汉字, pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang digunakan untuk menulis bahasa Cina, Jepun, Korea dan pada suatu ketika dahulu, bahasa Vietnam. Tulisan yang serupa sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina dikenali sebagai Hanzi dalam bahasa Cina.

Berlainan dengan jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat logik dan piktofonetik, iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut. Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan dari zaman silam. Di China, kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar 2000 huruf Cina.Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. 
         
        Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.Penggunaan dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan. Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan Tulisan Cina Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak 1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya. Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini menggunakan tulisan Rumi.Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi. Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic, tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.

 

Akupunktur????


Akupunktur dan kelebihannya



Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia.

Apa itu Akupunktur?
Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai
 "acupuncture point" atau titik akupunktur.

Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Pendidikan Tamadun China

DASAR PENDIDIKAN TAMADUN CHINA 

Sejak awal lagi, kerajaan China bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan untuk pendidikan. Pada zaman Konfucius,terdapat sekolah-sekolah di kampung kecil (hamlet), kampung( village) dan negeri-negeri feudal. Tujuan pendidikan: lulus dalam peperiksaan. Sistem yang digunakan sebelum kemunculan sekolah-sekolah moden ini menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap peperiksaan. Sebelum pelajar menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama, dia perlu mengambil peperiksaan kelayakan di daerahnya sendiri. Selepas lulus peperiksaan ini, pelajar tersebut akan bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar utama. Jika dia lulus peperiksaan ini dia akan menerima ijazah pertama,Hsiu Tsai. Tahap persaingan kedua ialah peperiksaan di peringkat ibu kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperoleh ijazah pertama. Calon-calon yang berjaya akan dianugerahkan Ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga iaitu yang paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran maharaja. Ijazah yang paling tinggi yang diberikan dalam peperiksaan ini dikenali sebagai Chin Shih. Penghormatan diberikan kepada tiga ahli akademik dan yang memperoleh penghormatan paling tinggi diberi gelaran Chuang Yuan dan diiktiraf sebagai ahli akademik terkemuka negara. Individu-individu lain yang memperoleh kedudukan yang hampir sama dengan Chin Shih dilantik sebagai ahli-ahli akademik Han lin,sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan.

Sumbangan Tamadun

Sumbangan Tamadun


Kertas Pertama di Dunia 



Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

Mercun

  
Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.

 Kompas



 Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet. Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.

Confuicius



  Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

                Loa Tze

  Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.


  Dalam sejarah Cina,konsep Yin-Yang biasanya di daerah barat disebut Yin dan Yang. Biasanya digunakan untuk mendeskripsikan sifat kekuatan yang saling berhubungan dan berlawanan di dunia ini dan bagaimana mereka saling membangun satu sama lain. Konsep tersebut didasarkan pada asal muasal dari banyaknya cabang ilmu pengetahuan klasik dah filosofi Cina serta dapat digunakan sebagai pedoman pengobatan Cina dan menjadi prinsip dari seni bela diri yang ada di Cina, sebagai contoh Baguazhang, Taijiquan (Tai Chi), dan qigong (Chi Kung) dan ramalan Ching. Yin dan Yang saling berlawanan dalam interaksi dengan dunia yang lebih luas dan sebagai bagian dari sistem yang dinamis. Semua hal memiliki kedua aspek tersebut yakni Yin dan Yang, tapi tidak setiap aspek tersebut memiliki perwujudan yang jelas pada objek dan mungkin pasang surut atau mengalir dari waktu ke waktu. Konsep Yin dan Yang sering dilambangkan dengan berbagai bentuk yang bervariasi dari simbol Taijitu, yang mana lebih umum dikenal pada kebudayaan barat.

Peningkatan Sosial

Peningkatan Sosial

 Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Seni Binaan


Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.

Peningkatan Tamadun

Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian menusia dalam dua aspek utama,peningkatan ekonomi dan peningkatan sosial.

Peningkatan Ekonomi 


 Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Pemerintahan dan Pentadbiran

Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah permerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan yang telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.Pada masa ini,konsep raja telah bertukar kepada maharaja.Pemerintahsn oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatan kuasa dalam sistem perkhidmatan awam,iaitu Hon Kao Tsu.Pelantikann pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh Dinasti lain.Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini adalah Shi Huang Thi

Perundangan Tamadun China

Dalam tamadun China,sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama,iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme.Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.Mengikut falsafah tersebut,undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia,dan dengan sebab itu raja mestiilah memiliki kuasa yang utuh.Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya,iaitu zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

Friday, 27 July 2012

Asal-usul Tamadun China

Ilmu arkeologi zaman moden dan ahli sejarah telah membuktikan bahawa China merupakan salah satu negara yang mempunyai tamadun purba yang sama terkenal dengan tamadun Mesir dan India.Selain itu,tamadun China merupakan satu-satunya tamadun purba yang terus dikekalkan sehingga sekarang di dunia.China mempunyai wilayah yang luas.Sungai Kuning di sebelah utara dan sungai Yangzte di sebelah selatan merupakan sungai ibunda bangsa China.Kedua-dua sugai tersebut bermula dari Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan mengalir dari barat ke laut di timur.Kedua-dua sungai ibunda bangsa Cina itu telah melahirkan dan membentuk tamadun purba bangsa Cina.Tamadun purba bangsa Cina yang bersatu terbentuk daripada pelbagai jenis yang berlainan.

Apa itu tamadun???

 
 Tamadun merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab iaitu maddana, mudun, madain  yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yangmempunyai kemajuan dari segi lahiriah danrohaniah. Perkataan tamadun dapatdiertikan kepada keadaan hidupbermasyarakat yang bertambah maju.Istilah-istilah lain yang sama pengertiannyadengan tamadun adalah:umran,hadarah,madaniyah.